TAYAMMUM

TAKRIF
  • Tayammum  ialah  menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat-syarat  tertentu. 
  • Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia. 

SYARAT- SYARAT TAYAMMUM

1 -Ketiadaan Air
  • Semasa musafir setelah ia yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari lagi.Jika ia ragu-ragu, kemungkinan air itu ada ataupun tidak,maka wajib mencarinya dengan syarat aman daripada segala bahaya.
  • Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air itu menyebabkan habis waktu solat atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya, maka bolehlah ia bertayammum. Jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajab mencarinya  dan bolehlah  bertayammum.
2 -Keuzuran  Kerana  Sakit
  • Tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh ataupun bertambah  sakit.
  •  Air diperlukan untuk keperluan yang lebih penting.
  • Air itu ada tetapi diperlukan untuk minum atau keperluan binatang yang dihormati.
3- Dilakukan  Setelah  Masuk Waktu 
  • Tayammum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayammum itu darurat. ·
  Disyari‘atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:




Maksudnya:
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)

Dan Firman Allah lagi :


Yang bermaksud:
" Dan jika kamu sakit,atau sedang dalam  musafir  atau  salah  seorang  antara  kamu  datang  dari  tempat  buang  air, atau kamu  tersentuh  dengan perempuan  kemudian  kamu  tidak mendapat  air  (untuk  mandi  atau  berwuduk),  maka hendaklah  kamu tayammum  dengan tanah debu  yang suci  iaitu  sapukanlah  ke muka  kamu  dan  kedua-dua belah  tangan." (surah al-nisa ‘:43)
4- Mengetahui arah kiblat yang sebenar untuk bertayammum.
.
5- Menggunakan debu tanah yang suci.

6- Menggunakan debu tanah bersih lagi suci.Kalau bercampur dengan tepung atau pasir,tidak harus menggunakannya.


RUKUN TAYAMMUM

1. Niat tayammum adalah seperti berikut:



“saya bertayammum  untuk mengharuskan  sembahyang semata-mata kerana Allah Taala.”
  • Berniat  itu adalah semasa hendak memindahkan debu  itu  ke muka atau semasa  menepuk  debu itu.
2.  Menyapu debu ke muka.

3.  Menyapu debu ke tanah di tangan (dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang disapu kemuka tadi) sehinggalah ke siku. (Walaupun  ada  pendapat  mengatakan  tidak  perlu  sampai  ke  siku  memadai  di  pergelangan  tangan  sahaja).

4. Tertib.


PERINGATAN

  • Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.
  • Debu tanah  yang  hendak  disapu ke tangan hendaklah tidak bercampur  dengan tanah  yang telah  disapu ke muka.
Perkara Sunat Tayammum

1. Membaca basmallah iaitu lafaz :


2. Mendahulukan tangan kanan daripada tangan kiri.

3. Berturut-turut.


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM

Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah  juga  membatalkan tayammum iaitu:
  • Keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan.
  • Tidur yang tidak tetap punggungnya.
  • Hilang akal.
  • Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik.
  • Menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki atau perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari.
  • Menyentuh  halkah dubur manusia dengan tidak  berlapik.
  • Murtad iaitu keluar dari agam Islam.
  • Mendapat  air. Sekiranya  telah memperoleh  air  setelah  bertayammum, tetapi belum solat, perlulah menggunakan  air untuk berwuduk dan  bersolat . Sekiranya sesudah  bersolat (dengan bertayammum) tiba-tiba  adanya air, solat tadi tidak  wajib diulangi.


PERINGATAN

  • Setiap  tayammum  hanya boleh  mengerjakan satu  solat fardu  dan beberapa  solat  sunat  sahaja.Sekiranya menemui sumber  air  sebelum solat  maka tayammum sebelumnya terbatal.


ANGGOTA TAYAMMUM

1. Muka.

2. Dua belah tangan hingga siku.


CARA TAYAMMUM MENGGUNAKAN DEBU TANAH



  1. Tepuk tangan ke debu
  2. Sapu muka
  3. Bersihkan tangan dari debu
  4. Tepuk tangan sekali lagi ke debu
  5. Sapu tangan kanan
  6. Sapu tangan kiri (ulangi langkah seperti tangan kanan)
(sila klik untuk besarkan gambar)


Sila tonton video dibawah untuk gambaran yang lebih jelas mengenai cara-cara untuk bertayammum..





Untuk rujukan yang lebih lanjut mengenai tayammum, sila rujuk bahan di bawah : 





Selain itu juga, anda juga boleh merujuk kepada video- video di bawah untuk memahami tayammum dengan lebih mendalam..:









salah satu pendapat mengenai tayammum oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis,.



sekian, terima kasih..:)

Comments (0)

Post a Comment