- Tayammum ialah menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua belah tangan dengan syarat-syarat tertentu.
- Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu’ atau mandi wajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalah suatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara‘ kepada manusia.
- Semasa musafir setelah ia yakin benar-benar tiada air tanpa perlu mencari lagi.Jika ia ragu-ragu, kemungkinan air itu ada ataupun tidak,maka wajib mencarinya dengan syarat aman daripada segala bahaya.
- Sekiranya diyakini untuk ke tempat mencari air itu menyebabkan habis waktu solat atau mungkin air dijual dengan harga yang tidak sepatutnya, maka bolehlah ia bertayammum. Jika punca air terlalu jauh, maka tidak wajab mencarinya dan bolehlah bertayammum.
- Tidak boleh menggunakan air sama ada menyebabkan penyakit lambat sembuh ataupun bertambah sakit.
- Air diperlukan untuk keperluan yang lebih penting.
- Air itu ada tetapi diperlukan untuk minum atau keperluan binatang yang dihormati.
- Tayammum hendaklah dilakukan setelah masuk waktu solat kerana tayammum itu darurat. ·
“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu’ dan mandi), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”
(Surah Al-Ma’idah, 5:6)
" Dan jika kamu sakit,atau sedang dalam musafir atau salah seorang antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu tersentuh dengan perempuan kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu tayammum dengan tanah debu yang suci iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua-dua belah tangan." (surah al-nisa ‘:43)
- Berniat itu adalah semasa hendak memindahkan debu itu ke muka atau semasa menepuk debu itu.
- Semua ibadah atau amalan ta‘at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang, menyentuh mushaf, membaca Al-Qur’an, sujud tilawah dan beri‘tikaf di dalam masjid adalah boleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu’ dan mandi, kerana amalan yang diharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.
- Debu tanah yang hendak disapu ke tangan hendaklah tidak bercampur dengan tanah yang telah disapu ke muka.
- Keluar sesuatu benda daripada salah satu daripada dua saluran kemaluan.
- Tidur yang tidak tetap punggungnya.
- Hilang akal.
- Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik.
- Menyentuh kemaluan hadapan manusia baik lelaki atau perempuan atau dirinya sendiri dengan perut tapak tangan termasuk perut anak jari.
- Menyentuh halkah dubur manusia dengan tidak berlapik.
- Murtad iaitu keluar dari agam Islam.
- Mendapat air. Sekiranya telah memperoleh air setelah bertayammum, tetapi belum solat, perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan bersolat . Sekiranya sesudah bersolat (dengan bertayammum) tiba-tiba adanya air, solat tadi tidak wajib diulangi.
- Setiap tayammum hanya boleh mengerjakan satu solat fardu dan beberapa solat sunat sahaja.Sekiranya menemui sumber air sebelum solat maka tayammum sebelumnya terbatal.
- Tepuk tangan ke debu
- Sapu muka
- Bersihkan tangan dari debu
- Tepuk tangan sekali lagi ke debu
- Sapu tangan kanan
- Sapu tangan kiri (ulangi langkah seperti tangan kanan)
Selain itu juga, anda juga boleh merujuk kepada video- video di bawah untuk memahami tayammum dengan lebih mendalam..: